Kategori Berita Antarabangsa

AS potong sumbangan PBB

27 DIS: Pentadbiran Presiden Donald Trump kini mengambil langkah drastik dengan memotong sumbangan Amerika Syarikat (AS) kepada bajet Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) atas alasan ingin menjadikan badan dunia tersebut lebih cekap, selain menjaga kepentingan AS.

Bajet PBB kini berada dalam ‘fokus tajam’ pentadbiran AS, kata seorang pegawai badan dunia itu kepada Bernama.

Keputusan Washington itu lebih jelas apabila wakil tetap AS ke PBB, Duta Nikki Haley mengeluarkan kenyataan bahawa negara itu berjaya memotong lebih US$285 juta daripada bajet PBB menerusi beberapa rundingan, yang akhirnya bersetuju menetapkan bajet badan dunia itu bagi tempoh 2018-2019 sebanyak US$5.4 bilion.

“Kami tidak akan membiarkan kemurahan hati rakyat Amerika diambil kesempatan atau kekal tanpa sekatan,” kata Haley.

Wang, pada hakikatnya, akan menjadi kunci untuk mencapai objektif AS dalam badan dunia itu.

Kenyataan Haley mengenai PBB turut dipersetujui penyokong Trump, kebanyakan mereka melihat badan dunia itu sebagai sebuah “kelab sosial” semata-mata, yang secara umumnya digunakan untuk meluahkan retorik anti-Amerika dan membuat keputusan yang memudaratkan kepentingan AS.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 December 2017 5:17 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: