Kategori Berita Antarabangsa

AS, Thailand jemput Myanmar jalani latihan tentera

24 DIS: Tentera Myanmar yang dituduh melakukan pembersihan etnik ke atas penduduk Islam Rohingya, bakal menyertai latihan ketenteraan bersama Amerika Syarikat dan Thailand, tahun depan.

Jurucakap Pentagon, Leftenan Kolonel Christopher Loganbberkata jemputan kepada Myanmar untuk menyertai latihan tahunan Cobra Gold sebagai pemerhati dikemukakan oleh Thailand.

Selain Amerika Syarikat dan Thailand, latihan itu turut disertai pasukan tentera dari negara Asia lain.

“Myanmar dijemput sebagai pemerhati bantuan kemanusiaan dan bencana sepanjang latihan itu,” lapor Reuters.

Sementara itu, mengulas tindakan Bangkok menjemput Myanmar di sebalik isu keganasan terhadap Rohingya, Pegawai kanan Direktorat Perisikan Bersama Pasukan Tentera Diraja Thailand berkata perkara berkenaan tidak disentuh langsung dalam perbincangan.

“Kami hanya memberi tumpuan kepada latihan, pendidikan dan kerjasama tentera.

Pada masa sama, tentera Myanmar yang dihubungi tidak memberi sebarang maklum balas.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 24 December 2017 10:06 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: