Kategori Berita Antarabangsa

AS uji sistem pengesan bom di stesen Penn

28 FEB: Pentadbiran Keselamatan Pengangkutan (TSA) Amerika Syarikat (AS) dilaporkan menguji teknologi pengesan vest bunuh diri di Stesen Penn, New York.

Senator New York, Charles Schumer berkata ia susulan insiden seorang imigran warganegara Bangladesh, mencederakan diri sendiri dengan bom paip mentah yang diikat pada badan Disember lalu di laluan bawah tanah di Times Square.

Stesen Penn, New York

Teknologi ini digunakan untuk mengawal keselamatan acara-acara besar seperti Super Bowl 2014 serta diuji Pegawai Pengangkutan Metropolitan Los Angeles pada Disember, menurut laporan APTN.

Bagaimanapun, ia belum digunakan di mana-mana hab transit kerana dalam proses dibangunkan.

Teknologi ini berbeza daripada sistem pengesan di lapangan terbang disebabakan ia memancarkan gelombang pengesan ke atas badan untuk mengesan objek logam dan bukan logam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 February 2018 9:59 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: