Kategori Berita Antarabangsa

Asteroid sebesar padang bola hampir hentam bumi

17 APRIL: Sebuah asteroid sebesar padang bola sepak dikesan hampir melanggar Bumi pada Ahad lalu.

Menurut laporan Agensi Aeronautik dan Pentadbiran Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), asteroid sepanjang 110m itu menghampiri pada jarak 192,500km.

Foto hiasan

Ia bersamaan dengan separuh jarak kedudukan Bumi dengan Bulan.

Manakala laporan Earthsky.org menyebut asteroid berkenaan mempunyai bentuk seperti pesawat Apollo dan bergerak pada kelajuan 66,174 batu setiap jam.

“Sekiranya asteroid itu memasuki kawasan atmosfera Bumi, sebahagian besar kawasan kita akan musnah akibat pergeseran dengan angin,” kata laman itu.

Asteroid diberi nama ‘2018 GE3’ mempunyai keluasan tiga hingga enam kali daripada saiz batu meteor yang mendarat di Chelyabinsk, Russia pada Februari 2013.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 April 2018 4:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: