Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Astro diarah teliti semula tapisan ‘The Magnificent Century’

2 JUN: Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro) diarah mengambil tindakan segera untuk meneliti semula tapisan kandungan drama bersiri The Magnificent Century yang didakwa mengandungi adegan kurang sesuai dalam konteks masyarakat Islam.

Lembaga Penapisan Filem (LPF) dalam satu kenyataan semalam berkata syarikat itu melaksanakan tapisan kendiri ke atas semua kandungan yang ditayangkan di saluran televisyennya tanpa melalui tapisan lembaga itu.

Susulan aduan orang awam, LPF telah mengambil inisiatif mengadakan perbincangan dengan pihak Astro pada hari Isnin lepas.

“Perbincangan tersebut turut dihadiri oleh pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana pihaknya turut menerima aduan daripada orang awam,” kata LPF.

Drama bersiri dari Turki yang ditayangkan di saluran Astro Maya HD dan Astro Prima itu mengisahkan pergolakan istana semasa pemerintahan Sultan Sulaiman ketika zaman Kerajaan Islam Uthmaniyah pada abad ke-16.

Baru-baru ini, isu drama itu viral di media sosial apabila orang ramai mengecam tindakan Astro menayangkan drama tersebut yang didakwa mengandungi adegan lucah, menghina Islam dan fitnah ke atas sejarah kerajaan Islam Uthmaniyah.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 June 2017 1:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: