Kategori Berita Antarabangsa

Australia ubah strategi desak Indonesia bebas warganya

13 FEB : Setelah gagal memujuk kerajaan Indonesia dengan pelbagai cara agar tidak melaksanakan hukuman mati terhadap dua pengedar dadah warganya, Australia menggunakan pula strategi ugutan ekonomi.

Terbaru, Menteri Luar negara itu, Julie Bishop berkata, pelancong Australia mungkin memboikot destinasi pelancongan di Indonesia malah tidak menolak kemungkinan memanggil pulang diplomatnya dari Jakarta.

bali nineMyuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, adalah antara lapan banduan yang akan menjalani hukuman mati selepas Presiden Indonesia Joko Widodo menolak rayuan pengampunan mereka bulan lalu.

Menurut Reuters, Julie Bishop dalam ucapan di Parlimen menggariskan aktiviti diplomatik negara itu dengan tujuan mendapatkan perjanjian dan menggesa Indonesia menunjukkan belas kasihan.

“Saya dihujani pelbagai mesej e-mail dan sistem khidmat pesanan ringkas, saya fikir warga Australia akan menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap tindakan Indonesia termasuk sewaktu memutuskan destinasi percutian mereka,” katanya.

Chan dan Sukumaran merupakan ketua anggota ‘Bali Nine’ yang didapati bersalah cuba menyeludup lebih 8 kilogram heroin pada 2005.

Mereka mungkin menjalani hukuman tembak bulan ini juga susulan laporan menyebut kedua mereka akan dipindahkan secepat mungkin ke Pulau Nusakambangan yang menyaksikan enam pesalah kes dadah ditembak bulan lalu.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2015 3:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: