Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Awas email palsu TNB

19 MEI: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan email palsu yang menyatakan penerimanya adalah pemenang wang tunai berjumlah RM150,000 daripada syarikat itu.

Menerusi satu kenyataannya, syarikat itu berkata kandungan email yang sama pernah dihantar sekitar 2015, dan  disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk memperolehi maklumat peribadi.

“Orang ramai dinasihatkan tidak membalas atau mendedahkan maklumat peribadi mereka kepada pihak yang tidak dikenali,” tambah kenyataan itu, Jumaat

Syarikat pembekal tenaga elektrik itu juga mengalu-alukan orang ramai untuk menghubungi TNB CareLine di 1-300-88-5454 untuk maklumat lanjut.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 May 2017 10:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]