Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Cadang Sekolah Sukan di bawah KBS

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman mencadangkan supaya Sekolah Sukan diletakkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk memudahkan usaha mencungkil bakat dunia bermula dari peringkat sekolah.

Katanya, jika mahu melahirkan juara dunia dari peringkat sekolah, fokus utama pembelajaran Sekolah Sukan ialah jurulatih dan barangan sukan selain komitmen kepada pelajaran.

skolahsukan“Jika kita lihat di sekolah, jurulatih sukannya juga adalah kalangan guru yang mengajar subjek-subjek lain. Maka bidang kuasa dan fokusnya berbahagi antara mengajar sukan dengan menjadi pentadbir.

“Sebab itu dalam perkara ini, kalau sekolah nak dapatkan jurulatih, biarlah KBS yang carikan dan bayar gaji serta menghantar mereka menjalani kursus serta tahu tanggungjawab dan lebih fokus,” katanya ketika membahaskan Bajet 2014 di Dewan Rakyat, Isnin.

Azalina berkata keputusan kerajaan memperuntukkan RM239 juta untuk meneruskan kecemerlangan sukan, termasuk menaik taraf kompleks dan gelanggang sukan, serta mewujudkan program perintis bagi mengenalpasti bakat di peringkat sekolah rendah adalah tepat pada masanya.

Bagaimanapun katanya, 50 peratus daripada peruntukan itu harus diperuntukkan untuk program perintis sepertiTalent Identification Program (TID) yang boleh dilihat sebagai pendekatan terbaik untuk melahirkan juara-juara dunia.

“Program TID ini memerlukan komitmen yang tinggi bukan sahaja dalam aspek sekolah, tapi pegawai-pegawai sukan dan pegawai-pegawai belia di peringkat daerah juga mesti dihulurkan bantuan untuk mencari bakat,” katanya.

Menurut Azalina, kerajaan juga patut mengambil lebih ramai jurulatih tempatan untuk memudahkan pelajar-pelajar sekolah memami apa yang dipelajari dan dapat berinteraksi lebih baik dengan jurulatih.

Di samping itu Azalina juga mencadangkan kerajaan menimbangkan mewujudkan semula Kelab Sukan Komuniti (KSK) yang pernah diperkenalkan ketika dia menjadi Menteri KBS dulu.

“Menerusi KSK kita boleh buat pertandingan di peringkat masjlis daerah atau Dewan Undangan Negeri (DUN). Kelab ini mungkin boleh mendapat peruntukan daripada kementerian pelajaran atau perumahan tempatan.

“KSK ini mungkin boleh dipengerusikan oleh ADUN atau Ahli Parlimen supaya ia  lebih teratur dan memudahkan untuk menyusun pertandingan dan mencari bakat. Dalam hal ini, bantuan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) di peringkat akar umbi juga perlu diperbanyakkan,” katanya.

Beliau turut mengalu-alukan keputusan kerajaan memperkenalkan kursus upscaling, rescaling, marin, kimpalan dan pendawaian di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) sebagai usaha menyediakan tenaga kerja dalam industri minyak dan gas menjelang siapnya projek RAPID di Pengerang. -28/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 October 2013 7:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: