Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azalina, Mahdzir lawat Najib

18 MEI: Bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman dilaporkan melawat Datuk Seri Najib Razak di kediamannya Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpurhari ini.

Azalina dilihat memasuki pekarangan kediaman Najib pada jam 10 pagi tadi menaiki  Range Rover sebelum disusuli Mahdzir 40 minit kemudian.

Kediaman Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta yang dikawal ketat

Lapor Sinar Online, kehadiran mereka dipercayai bagi memberi sokongan moral kepada Najib sekeluarga.

Sementara itu, kawasan itu terus menjadi tumpuan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang mula berkampung sejak 6 pagi tadi.

Bagaimanapun, sehingga jam 12.30 tengah hari ini tiada sebarang perkembangan berhubung siasatan polis.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 2:34 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: