Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azalina: Tingkatkan produktiviti kerja sekalipun berpuasa

1 JUN: Kerja merupakan satu ibadah, justeru ambilah peluang melipatgandakan perkhidmatan semasa berpuasa demikian nasihat Datuk Seri Azalina Othman Said kepada warga kerja Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU)

“Tingkatkan produktiviti dan gandakan ganjaran di bulan Ramadan ini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu di Putrajaya, Khamis.

Beliau berkata demikian dalam majlis berbuka puasa BHEUU yang dihadiri lebih 400 warga daripada 12 agensi berkenaan.

Sementara itu, Azalina turut menyampaikan sumbangan kepada 36 pegawai dan kakitangan yang mempunyai anak kurang upaya (OKU) atau pasangan yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah BHEUU Datuk Abdul Jalil Marzuki serta pegawai kanan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 June 2017 8:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: