Kategori Berita Utama

Azeez bagi Guan Eng 4 hari mohon maaf

6 MAC: Empat hari, itu tempoh diberikan kepada Lim Guan Eng untuk memohon maaf secara terbuka kerana memfitnah Datuk Seri Abdul Azeez Rahim kononnya menerima rasuah daripada Consortium Zenith Construction Sdn Bhd berhubung isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Menurut Azeez, Ketua Menteri itu beberapa kali membuat kenyataan menyebut Ahli Parlimen UMNO Baling dalam isu tersebut bertujuan cuba menghasut dan kelirukan rakyat.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bercakap pada sidang edia berkenaan kenyataan fitnah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berhubung isu terowong dasar laut di Parlimen

Malah katanya, Guan Eng juga mempersoalkan sama ada beliau layak atau tidak sebagai Pengerusi Tabung Haji (TH) selepas menuduhnya menerima rasuah RM3 juta daripada Zenith.

“Saya tuntut beliau mohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah terhadap saya, UMNO, Tabung Haji dan rakyat Baling.

“Ini juga kerana kata saya tidak layak jadi Pengerusi Tabung Haji dan tuduh UMNO terima duit. Saya juga tuntut aku janji YAB Lim Guan Eng tidak mengulangi kata-kata serupa,” katanya dalam sidang media di Parlimen, Selasa.

Sidang media itu turut dihadiri kira-kira 20 ahli parlimen Barisan Nasional.

Azeez Rahim menunjukkan surat yang dihantar peguamnya kepada Lim Guan Eng

Azeez berkata, peguamnya sudah menghantar surat tuntutan permohonan maaf itu ke pejabat Ketua Menteri tersebut dank e kediaman Guan Eng semalam.

Selain permohonan maaf melalui media perdana, beliau juga menuntut Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan memberi maklumat bagaimana tuduhan beliau menerima RM3 juta menjadi tular sebelum menerima surat peguam Zenith.

“Surat peguam itu bertarikh 23 Februari dan saya terima pada 28 haribulan tetapi sebelum itu sudah viral kaitkan saya, UMNO dan Tabung Haji.

“Sedangkan saya tak ada kena mengena dengan syarikat membina terowong dasar laut. Saya akan teruskan saman fitnah minggu depan jika Guan Eng enggan memohon maaf dan menarik balik kata-katanya,” ujar beliau.

Menurut Azeez, Guan Eng tidak patut mengaitkan TH yang mempunyai 9 juta pendeposit dan UMNO yang ada lebih 3 juta ahli dalam isu tersebut.

Kelmarin peguam Zenith memohon maaf kepada Azeez berhubung tuduhan menerima rasuah RM3 juta selepas menyedari nama Ahli Majlis Tertinggi UMNO dipergunakan kononnya boleh berunding dengan SPRM yang menyiasat kes pembinaan terowong tersebut.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 March 2018 12:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: