Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azeez bidas Fuziah terus kritik isu bantuan banjir

17 MAC: Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Rahim membidas kenyataan Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang mendakwa pengurusan banjir di negara tidak mencapai tahap yang baik.

Azeez yang juga merupakan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia yang aktif membantu mangsa bencana di seluruh negara bangun mencelah bagi meminta penjelasan dari Fuziah berhubung bantuan yang disalurkan oleh pihaknya ketika Kuantan dilanda banjir teruk tahun lalu.

Beliau menyelar sikap Fuziah yang kerap mempertikaikan usaha kerajaan dalam membantu rakyat berhubung perkhidmatan menangani isu banjir yang kerap melanda negara pada setiap hujung tahun.

Azeez banjir

AZEEZ…antara yang paling aktif membantu mangsa bencana, termasuk musibah banjir namun tidak bising dan riuh seperti Fuziah.

“Saya hantar tilam hantar dapur, hantar makanan, terima kasih pun tak ada, perdana menteri turun sana semasa Pehimpunan Agung UMNO tinggal, untuk turun ziarah dan bantu, terima kasih pun tak ada,”

“Semua tuduh-tuduh yang liar, tak patutlah Kuantan, bila saya cakap baru nak ucap terima kasih, tadi duduk hentam sahaja, saya tinggalkan Baling untuk pergi ke Kuantan.

“Kuantan jumpa saya malam itu merayu-rayu minta tolong tapi dalam Kuantan punya Facebook tak ada sebut terima kasih, gambar Kuantan sahaja yang ada, tak baik bohong.

“Saya bantu siang dan malam, lima hari saya di Kuantan, satu sms ucap terima kasih pun tak ada, jangan buat tuduhan liar begini, tak baik.

“Tak ada satu patah perkataan yang ucapkan terima kasih kepada perdana menteri, ucaplah terima kasih kepada orang yang bagi bantuan.

“Perdana Menteri turun, Datuk Menteri pun turun bantu siang malam, beradab lah sikit, kita orang Islam, bila saya tegur baru nak cakap, tak ikhlas,” bidas Azeez bagi menjawab kepada perbahasan Fuziah berkenaan isu banjir.

FUZIAH...masih tidak tahu berterima kasih dan bersyukur sebaliknya terus merungut dengan bantuan banjir yang disalurkan.

FUZIAH…masih tidak tahu berterima kasih dan bersyukur sebaliknya terus merungut dengan bantuan banjir yang disalurkan.

Fuziah yang tidak berpuas hati tindakan Azeez bangkit mempertikaikan hujahnya menjawab, “Saya ucap terima kasih kepada Baling pada 5 haribulan malam itu bila saya jumpa Baling di sekolah, apa lagi yang Baling nak?

“Baling nak saya sebut dalam Facebook ke apa? Saya dah ucap terima kasih face to face kepada Baling, nak melutut ke? Ini tak ikhlaslah ni bagi (bantuan),” kata beliau separuh menjerit.

Sebelum itu, Fuziah ketika membahaskan titah ucapan Yang di Pertuan Agong mendakwa rakyat kecewa dengan bantuan yang disalurkan kerajaan ekoran terdapat beberapa masalah yang timbul sepanjang musibah itu berlaku tahun lalu.

Beliau meminta kerajaan untuk mempertimbangkan kaedah yang lebih baik bagi mengatasi masalah ini terutamanya melibatkan sukarelawan yang membantu mangsa-mangsa banjir.

“Saya mengatakan bahawa pengurusan banjir di Malaysia ini yang dikatakan terbaik di dunia adalah tidak benar, kerana kita tidak mampu untuk menyelesaikan masalah.

“Bila ada masalah saya sampai telefon menteri untuk minta hantar smart team, jangan bagi JKK duduk dekat sini, sebab mereka turut tenggelam dalam masalah yang sama dengan mereka yang jadi mangsa banjir.

“Jadi harus diuruskan dengan lebih baik, pasukan yang berdedikasi yang boleh selesaikan dan menguruskan dengan baik.

“Sebab ada satu tempat itu hantar smart team Alhamdulillah, dapat selesai masalah, tapi kita masih tak dapat tikar dan masih tidur atas lantai, itu saya akui mustahil kita dapat bagi tikar tilam kepada semua, sebabnya kita tidak mungkin bagi kalau mangsa mencecah 3,000 ke 5,000 mangsa satu sekolah,” katanya.

Pembangkang sememangnya mempunyai ‘track record‘ yang baik dalam mempertikaikan hampir kesemua usaha kerajaan yang kerap dipandang serong termasuk yang terbaru membabitkan pencarian pesawat MAS MH370 yang hilang dari radar Sabtu lalu.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) beranggapan mereka lebih bijak dan pakar dalam menangani segala isu rakyat dan enggan mengiktiraf kejayaan serta sumbangan pihak lain.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 March 2014 8:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: