Kategori Berita Utama

Azeez Rahim: Dakwaan rasuah adalah fitnah terbesar

2 MAC: Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Azeez Abdul Rahim meminta semua pihak menghentikan penularan fitnah berkenaan dakwaan rasuah sebanyak RM3 juta yang diterima daripada firma Konsurtium Zenith Construction Sdn Bhd.

Menurutnya, ia adalah fitnah terbesar sepanjang beliau dalam dunia politik sekaligus menyebabkan beliau memilih untuk membuat laporan polis.

Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Shah Alam.

Dalam hal ini juga, Azeez turut menjelaskan yang beliau merupakan mangsa keadaan apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawb menggunakan namanya dalam projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

“Saya jadi mangsa orang  jual nama. Saya harap lepas ni ada titik noktah dengan laporan yang saya buat. Saya harap semua pihak membuat siasatan secara telus untuk menyatakan kepada rakan-rakan tak kira mana-mana parti khususnya menteri, timbalan, penbangkang sekalipun yang saya adalah mangsa penjualan nama.

“Saya sekali lagi menegaskan yang saya tidak ada apa-apa urusan dengan Zenith seperti yang diuar-uarkan. Kita akan ambil tindakan dan tidak teragak-agak untuk meneruskan tindakan tersebut,” katanya.

Terdahulu, Azeez membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam sambil diiringi Ketua UMNO Bahagian Shah Alam Datuk Azhari Saari.

Kelmarin, beliau mengesahkan menerima surat tuntutan melalui pos berdaftar daripada Zenith yang mendakwa Pengerusi Tabung Haji itu menerima bayaran RM3 juta untuk kerja rundingan berkaitan dengan projek terowong di Pulau Pinang.

Turut dilaporkan bahawa Zenith didakwa membayar RM19 juta kepada seorang ahli perniagaan untuk kerja rundingan terbabit.

Susulan daripada itu, firma tersebut merancang untuk menyaman kedua-dua mereka kerana mendakwa gagal melaksanakan tugas masing-masing.

Bagaimanapun semalam Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan Azeez bukan individu yang disyaki menerima RM3 juta daripada firma berkenaan.

Dalam masa yang sama, Azeez menjelaskan bahawa adalah mustahil untuk beliau berunding dengan syarikat didakwa dimiliki DAP.

“Takkan saya nak berunding dengan syarikat Zenith yang kepunyaan DAP kerana saya merupakan orang yang sangat taat setia dengan parti saya iaitu UMNO,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 March 2018 1:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: