Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azeez serah notis saman kepada Guan Eng

12 MAC: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim telah menyerahkan notis tindakan undang-undang kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang memfitnahnya dengan mengaitkan beliau dalam kes rasuah membabitkan projek terowong dasar laut hari ini .

Peguam Abdul Azeez, Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos berkata, notis undang-undang itu difailkan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Jumaat lalu manakala tarikh pengurusan kes ditetapkan 9 April ini.

Menurut beliau, Guan Eng kini mempunyai tempoh 14 hari bagi memberi maklum balas kepada notis tuntutan saman itu termasuk untuk membela diri.

“Notis tuntutan saman ini adalah berhubung kenyataan-kenyataan fitnah Guan Eng terhadap Abdul Azeez yang dibuat di dua lokasi iaitu ketika sidang akhbar beliau pada 28 Februari lalu serta ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Penang Development Corporation pada 1 Mac lalu,” katanya.

Abdul Azeez yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji sebelum ini menjadi mangsa fitnah selepas namanya dikaitkan sebagai individu yang menerima rasuah berjumlah RM3 juta.

Wang itu merupakan sebahagian daripada RM22 juta yang turut dibayar kepada seorang lagi ahli perniagaan bagi menutup siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes terowong dasar laut yang dirancang Kerajaan DAP Pulau Pinang.

Bagaimanapun, pemaju projek itu, Konsortium Zenith Construction Sdn. Bhd. (Zenith) kemudiannya menarik balik tuntutan dan memohon maaf kepada Abdul Azeez serta mendakwa nama beliau digunakan pihak tidak bertanggungjawab dalam isu terbabit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 March 2018 12:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: