Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azlan Man yakin exco sokong pentadbiran di Perlis

14 JUN: Datuk Seri Azlan Man percaya
ke­semua lapan Ahli Me­s­yua­rat Kerajaan Negeri tidak akan membuat undi tidak percaya terhadapnya sebagai Menteri Besar Perlis.

Tambah Azlan lagi kesemua ahi masyuarat tersebut diyakini akan menjadi pasukan yang kuat untuk meneruskan agenda pemba­ngunan dan menjaga ke­pentingan rakyat di negeri ini.

Beliau berkata, sebagaimana titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, masa untuk berpolitik sudah berlalu dan kini kesemua wakil rakyat perlu memberi fokus kepada pemba­ngunan negeri dan tanggungjawab kepada rakyat yang memberi kepercayaan.

“Lupakan politik dan terus mara ke hadapan. Saya yakin semua barisan Exco ini mempunyai visi dan agenda sama untuk memastikan kepentingan rakyat dan negeri ini terjaga.

“Barisan Exco ini juga komi­ted, agenda negeri diberikan ke­utamaan berbanding perkara-perkara lain. Saya juga yakin, mereka bekerja keras ke arah membangunkan negeri ini,” katanya dalam sidang media selepas majlis pelantikan Exco di Istana Arau, semalam.

Dalam majlis itu, seramai lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN me­ngangkat sumpah sebagai Exco di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin di Balai Menghadap, Istana Arau.

Azlan yang juga ADUN Bintong berkata, sekarang adalah masa untuk bekerja kerana banyak lagi agenda yang telah diatur untuk memajukan negeri ini selain meneruskan projek pembangunan sedia ada.

“Insya-Allah, kita ada satu pasukan yang bergerak bersama-sama bagi memastikan Perlis dapat maju ke hadapan atau seiring dengan negeri-negeri maju lain,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai tindakan undang-undang daripada BN negeri terhadap beliau yang kononnya tidak mendapat sokongan sebagai Menteri Besar, Azlan sekadar membe­ritahu, beliau tidak boleh memberi maklum balas mengenainya sebaliknya perlu diajukan soalan tersebut kepada ADUN lain.

Seterusnya ketika ditanya soalan sama kepada Azizan dan beliau memberitahu, kesemua ADUN memberi sokongan kepada Azlan dan perkara itu sudah tidak berbangkit lagi.

“Tidak berbangkit lagi, semuanya telah selesai dan sekarang masa untuk fokus kepada rakyat,” katanya

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 June 2018 2:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: