Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azmil Mustapha meninggal dunia

14 FEB: Pelakon terkenal era 80 an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di pada jam 1 tengah hari tadi.

Bintang filem Ali Setan itu menghembuskan nafas pada usia 65 tahun di kediaman keluarganya di Seksyen 9 di Shah Alam.

Laporan BH Online memetik anak lelaki tunggalnya, Mohd Bazli yang dilaporkan pasrah dengan pemergian bapanya.

“Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami,” katanya hari ini.

Azmil pernah dua kali mendirikan rumah tangga dan dikurniakan lima anak iaitu Shamira. Nurazalea Arifah, Nor Amalia Batrisya, Mohd Bazli Zhafri dan Nur Alia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 February 2018 3:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: