Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azmin: Biar hakim tentukan nasib Adam Rosly

21 APRIL: Kengganan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengulas lanjut skandal rasuah melibatkan Ketua AMK Ampang Datuk Adam Rosly seakan mengesahkan partinya amat terkesan dengan musibah berkenaan.

Bagaimanapun, Azmin  menyerahkan kepada institusi kehakiman negara.

“Biarkan kes perundangan berjalan,” katanya kepada sebuah portal berita, Jumaat.

Sebelum itu, Adam yang juga bekas Pegawai Khas kepada Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berhadapan enam pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini berhubung pergubahan wang haram serta memberi keterangan dan dokumen palsu.

Bagaimanapun jutawan berusia 29 tahun itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.

Sebutan untuk kes ini adalah pada 29 Mei depan.

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 April 2017 6:58 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]