Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azmin cuba pujuk PAS Selangor

29 JAN: Menyedari PAS Selangor tidak senang hati tindak tanduk PKR membelakangkan parti itu berhubung isu peletakan jawatan Adun Kajang, Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali segera cuba meredakan hubungan partinya dengan PAS.

azminali2

Azmin hubungi Iskandar minta PAS Selangor bantu kempen di Kajang

Adun Bukit Antarabangsa itu sudahpun menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad untuk meminta PAS bantu kempen PKR bagi Pilihan Raya Kecil di DUN Kajang yang sudah sah Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon.

“Saya ada hubungi Iskandar Samad pagi tadi, berbincang panjang dan esok saya akan bertemu sekali dengan Iskandar dan pimpinan PAS Selangor,” katanya.

Tambah Azmin lagi, sokongan itu bagi memastikan kelancaran kempen dan jentera pilihan raya bagi mengekalkan kerusi PKR di kawasan terbabit.

Katanya, PKR akan berbincang secara serius untuk mendapatkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat yang akan diterjemahkan dalam tenaga dan gerak kerja di dalam PRK kali ini..

PAS Selangor semalam menegaskan pihaknya akan menyenaraikan Iskandar sebagai calon Menteri Besar jika isu itu berbangkit selepas PRK DUN Kajang atau Tan Sri Khalid Ibrahim melepaskan jawatan berkenaan.

Sementara itu, beliau turut mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk turun bertanding di DUN tersebut.

“Kalau UMNO hebat, letak Najib dan jangan letak MCA atau Gerakan sebagai calon, kalau berani mari turun ke Kajang,” katanya mencabar Perdana Menteri.

Kerusi DUN Kajang kosong setelah mantan ADUN, Lee Chin Cheh melepaskan jawatanya atas alasan untuk memberikan laluan kepada Anwar bagi mengukuhkan kedudukan PR di Selangor.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 29 January 2014 2:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: