Kategori Berita Utama

Azmin dan Khalid saling tuduh menuduh

7 FEB: Walaupun keputusan PKR mengadakan Pilihan Raya kecil (PRK) Kajang untuk meredakan pertembungan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dan  Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ,krisis antara mereka dilihat semakin memuncak.

Ini ekoran tindakan mereka menyalahkan  satu sama lain berhubung pemecatan 30 pegawai dan kakitangan PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSB), Selasa lalu.

Barangkali terkesan dengan kenyataan Menteri Besar itu pada Khamis,  Azmin pada Jumaat mengeluarkan satu kenyataan  menempelak tindakan Abdul Khalid yang disifatkannya PKNS sebagai senjata politik untuk menjatuhkan musuh politiknya.

khalidvsazminMalah, Adun Bukit Bukit Antarabangsa itu mahu pihak berkuasa dengan segera membatalkan surat pemecatan dan meminta maaf kepada rakyat Selangor bagi apa-apa tindakan yang tidak bertimbang rasa dan melampau.

“Demi kepentingan keadilan dan tadbir urus yang baik, Tan Sri Abdul Khalid mesti berhenti menggunakan PKNS sebagai senjata peribadi terhadap pesaing politiknya,” tegas beliau.

Menurut Azmin, tindakan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang pekerja tetapi ianya langsung tidak berperikemanusiaan kerana tidak mengambilkira keadaan keluarga yang hilang punca pendapatan secara drastik.

“Ia benar-benar bercanggah dengan prinsip yang didukung oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bahawa semua pekerja perlu dilayan dengan bermaruah dan belas kasihan.

Tambah Azmin, pampasan dua bulan yang diberikan hanya menambah luka kakitangan tersebut yang kehilangan sumber pendapatan akibat pemecatan yang secara tergesa-gesa itu.

Abdul Khalid sebelum ini berkata pihaknya akan menyiasat dakwaan kononnya Azmin yang juga bekas ahli Lembaga Pengarah PKNS terbabit pengambilan pekerja kontrak di bawah PHSB.

“Pasa masa ini saya andaikan dakwaan itu tidak benar, tapi saya akan siasat. Jika ia benar, kita perlu dedahkan, kalau tak benar pun kita perlu dedahkan.

“Walaupun hal berkaitan PKNS adalah sulit, tapi saya boleh beri arahan supaya kertas-kertas sulit berkaitan (jika ada) supaya didedahkan kepada umum,” katanya semalam.

PHSB sebelum ini dikatakan telah mengambil pekerja kontrak tanpa mengikut prosedur penjawatan dan ditawarkan dengan gaji yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya pertindihan tugas dengan kakitangan tetap sedia ada.

Setelah kes ini mendapat liputan meluas media, Abdul Khalid seperti biasa ‘cuci tangan’ dan mengatakan Pengurus Besar PKNS yang baru, Azlan Alfiah sebagai individu yang bertanggungjawab memecat kakitangan tersebut.
“Saya mengarahkan Pengurus Besar PKNS untuk buat kajian terperinci organisasi termasuk melibatkan sumber manusia.

“Arahan ini dibuat selepas kita menerima aduan daripada pemberi maklumat dalaman bahawa peluang kenaikan pangkat kakitangan tetap dalam PKNS terbantut apabila organisasi dan jabatan baharu diwujudkan yang diketuai orang luar dengan tangga gaji tinggi.

“Maknanya pengambilan pegawai-pegawai baharu dalam PKNS Holdings tidak dibuat menurut tatacara integriti,” katanya. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 February 2014 3:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: