Kategori Berita Utama

Azmin dikecam sibuk berpolitik hingga abai masalah rakyat

26 SEPT: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ditemplak apabila asyik sibuk berpolitik sehingga mengabaikan masalah rakyat terutamanya melibatkan krisis air di negeri itu.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar berkata kegagalan itu berpunca daripada Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR begitu sibuk dengan urusan politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.

“Mana menteri besar ada masa nak fikir masalah rakyat, dia fikir masalah parti dia (PKR) yang dah carca marba, kedudukan dia sebagai MB yang dah mula goyang, tekanan parti-parti carca marba dia.

noh-air-selangor“Lepas itu pula heboh dengan urusan politik Tun M walaupun parti dia tak bersetuju.

“Itulah kerja dia, mana ada masa nak fikir,” kata Noh kepada media di Semenyih, Isnin.

Terdahulu Noh bersama ADUN Semenyih, Datuk Johan Aziz menyerahkan bantuan air mineral kepada penduduk di sekitar kawasan itu yang mengalami gangguan bekalan air sejak empat hari lalu.

Difahamkan sejak empat hari lalu, lebih 330,000 akaun pengguna Syabas yang melibatkan hampir 1.5 juta rakyat mengalami gangguan bekalan air.

Mengulas lanjut Noh yang juga Ahli Parlimen Tanjong Karang berkata masalah gangguan bekalan air di sekitar Semenyih bukan perkara baru namun apa yang berlaku sejak empat hari lalu benar-benar menyusahkan rakyat.

Justeru, Noh menggesa kerajaan negeri mengkaji segala punca yang mengakibatkan gangguan bekalan air ini dan tidak hanya duduk di kerusi empuk menteri besar sahaja.

“Saya tak tahulah dia dah turun ke belum tengok masalah air ini. Dia kena turun tengok masalah rakyat, jangan duduk di kerusi empuk sahaja.

noh-air-selangor-2“Sepatutnya dia kena jaga loji-loji air ini macam dia jaga kerajaan negeri. Punca (masalah air) dia di mana? Kenalah buat kajian, jangan buat kajian pilihan raya saja,” sindir Noh.

Noh berkata jika dahulu pimpinan kerajaan negeri itu seringkali mencari salah pihak yang terlibat dalam krisis air ini, namun kini apabila ia berulang kerajaan negeri diam membisu.

“Dulu dia ada kambing hitam, asal salah sikit sahaja salahkan Syabas, bila tak ada air masalah dari loji.

“Sekarang dia nak salahkan siapa? Pengurusan air dia dah ambil seratus peratus,” kata Noh.

Malah, kata Noh tidak ada gunanya kerajaan negeri memberikan air percuma kepada rakyat Selangor sekiranya air tiada.

“Kalau bagi air percuma tapi air tak ada buat apa?” soal Noh.

Sementara itu, ADUN Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz yang juga setiausaha UMNO Selangor berkata beliau akan membangkitkan isu air di DUN Selangor yang akan bersidang Oktober depan.

“Masalah air di Semenyih bukan perkara baru tapi kali ini sangat teruk.

“Insya-Allah bulan Oktober ini saya akan bangkitkan dalam DUN sampai bila isu air ini akan selesai,” kata Johan.

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 26 September 2016 4:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]