Kategori Berita Utama

Azmin lawan saya, bukan Suee Lim – Jamal

1 DIS: Datuk Seri Jamal Md Yunos bertekad menamatkan karier politik ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim, sekaligus menghapuskan penguasaan DAP di kawasan berkenaan sejak tiga penggal lalu dalam pilihanraya umum.

“Kalau Ng Suee Lim nak bergelar YB, keluar dari Sekinchan dan cari kawasan lain. Kami akan kuburkan beliau kali ini.

“PRU14 saya akan pastikan Sekinchan kembali ke BN,” katanya semasa majlis jualan ikan murah di Ampang, hari ini.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu mengulas saranan Suee Lim yang mahukan beliau bertanding di Sekinchan sebelum bertanding di DUN Bukit Antarabangsa.

“Dulu lain, sekarang zaman Jamal Yunus di Sekinchan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Gerakan Baju Merah itu turut membawa bunting kempen tertera wajahnya yang tertera ‘bakal calon Bukit Antarabangsa’.

Beliau sebelum ini menyatakan hasrat untuk menentang Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali di kerusi DUN.

“Saya nak cabaran lebih besar kerana Ng Suee Lim bukan lawan saya kerana lawan saya di Bukit Antarabangsa,” kata Jamal.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 December 2017 10:59 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: