Kategori Berita Utama

Azmin mahu lari sedar akan kalah di Gombak

3 FEB: Tindakan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mahu bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk atau Pekan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) mungkin kerana beliau tahu bakal kalah jika bertanding di kerusi yang dimenanginya pada PRU-13 lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini kerana semua pihak sedia maklum bahawa Parlimen Gombak yang diwakili oleh pemimpin pembangkang tersebut mempunyai banyak masalah dan sedang menjadi rungutan rakyat.

“Saya dan perdana menteri mengalu-alukan mana-mana individu yang berniat bertanding sama ada di Bagan Datuk atau di Pekan.

“Harap sebelum berniat pindah kawasan, sila lakukan pembaikan perkhidmatan di kawasan itu (Gombak) terutamanya dari segi kemudahan asas kepada pengundi-pengundi kawasan itu,” katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan tiga buah pusat Internet 1Malaysia kawasan Parlimen Bagan Datuk di Kampung Telok Buloh, Hutan Melintang hari ini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 February 2018 1:13 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: