Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azmin pergi kerja dengan pendakap leher

26 FEB: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan hadir bekerja pada hari ini dengan memakai pendakap leher selepas disahkan menderita sakit belakang.

“Saya rasa semakin baik pagi ini dan boleh bergerak tanpa rasa sakit yang teruk,” kata beliau yang dipetik.

Azmin berkata beliau mempengerusikan mesyuarat kewangan negeri di pejabatnya pada jam 9 pagi tadi.

“Lepas itu, saya perlu kembali kepada latihan fisio pada pukul 4.30 petang,” katanya yang dinasihat oleh pakar bedah saraf untuk berbuat demikian selama sebulan.

Beliau dikatakan mengalami kecederaan itu sewaktu mengemas rumah bagi menyambut kehadiran cucu sulungnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 February 2018 1:29 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: