Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azmin pertaruh pengalaman dalam kerajaan bantu kempen

1 APRIL: Walaupun kerap menghentam kerajaan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali berharap pengalamannya ketika dalam kerajaan dahulu dapat membantu beliau mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan kali ini. 

Menurut beliau, pengalaman bersama kerajaan dan perjuangan reformasinya bersama PKR dijadikan garis panduan buat anggota parti untuk menentukan barisan kepimpinan parti itu.

Azmin pernah berkhidmat dengan di Kementerian Pendidikan, Kementerian Kewangan dan Jabatan Perdana Menteri ketika menadi pegawai kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

azminshapcDalam pada itu, ahli parlimen Gombak itu menafikan khabar angin beliau tidak bertanding jawatan Presiden kerana  Anwar turut berebut jawatan tersebut.

Anwar akan menentang penyandang jawatanDatuk Seri Dr Wan Azizah pada pemilhan kali ini.

Sebelum itu, ada pihak percaya Azmin bakal merebut jawatan tersebut.

“Itu tidak benar (saya tidak bertanding kerana  Anwar bertanding jawatan presiden parti).

“Saya sudah buat keputusan selepas perbincangan dengan rakan kerja saya di dalam parti, dan saya akan mempertahakan kedudukan saya sebagai Timbalan Presiden, dan itulah keputusan saya.

“Ini bukan keputusan saya, saya kena bincang dengan kawan-kawan dan kepimpinan, yang penting parti ini akan bertambah kuat dalam menghadapi PRU 14,” jelas beliau kepada media di lobi parlimen, Selasa.

Dalam masa yang sama, beliau meminta semua pihak untuk menghormati pemilihan kali ini dengan tidak membuat sebarang spekulasi sehingga senarai akhir calon disahkan pada 10 April nanti.

Beliau juga menolak untuk mengadakan dialog diantara calon yang bakal bertanding bag jawtan Tmbalan Presiden sebaliknya memilih untuk mengambil pendekatan ‘selesai cara baik’ yang lebih sesuai untuk situasi begini.

Selain Azmin turut bertanding jawatan dalam perebutan enam penjuru itu adalah timbalan presiden ialah Tan Sri Khalid Ibrahim, Datuk Saifuddin Nasution  dan Tian Chua.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 April 2014 4:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: