Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azmin: PKR-PAS pecah belah sebab Selena Gomes?

30 APRIL: Timbalan Presiden PKR,  Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyindir perwakilan Pemuda PAS yang menjadikan isu penyanyi antarabangsa, Selena Gomez sebagai punca utama ‘tahalluf siyasi’ antara partinya dan parti Islam itu ditamatkan.

“Takkan kerana Selena Gomez kita nak berpecah belah,” kata beliau yang dipetik daripada Sinar Online, Ahad.

Jelas beliau, perbezaan pandangan dalam politik merupakan perkara biasa.

“Ini dalam dua tiga hari ini, saya kena teruk jugak. Tak apalah siapa hentam pun. Marah kerana saya menyokong Selena Gomez. Saya cakap betul, saya tak kenal sangat Selena Gomez ni, Tanya presiden, beliau kenal saya. Saya kenal lagu-lagu nasyid saja, saya dengar tazkirah saja, penyanyi artis saya tak kenal. Mengapa marah saya?

“Tak apalah. Nak marah, marahlah. Saya tak ambil hati, saya maafkan mana-mana pihak, individu yang marah saya kerana tanggungjawab saya nak jatuhkan UMNO dan BN. Sekarang parti-parti politik berpecah kerana apa? Kerana Selena Gomez tak bolehlah tuan-tuan. Kalau saya salah guna kuasa, rasuah, saya zalim maka tolaklah saya,” ujar Ahli Parlimen Gombak itu.

Azmin berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen PKR Perak pada petang tadi.

Sejurus itu, perwakilan muktamar tahunan PAS menerima usul tanpa bahas bagi memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.

Sebelum itu, 21 usul  diterima daripada 21 PAS kawasan dalam mesyuarat agung masing-masing serta tiga sayap parti itu iaitu Dewan Ulama Muslimat dan Pemuda Pusat dalam muktamar yang diletakkan sebagai usul ketiga dalam kategori yang diterima untuk sesi perbahasan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 April 2017 11:22 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: