Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azmin tak matang- Puteri UMNO

12 NOV: Kerajaan Selangor diketuai Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali disifatkan berfikiran jumud apabila mengeluarkan arahan pemberhentian langganan akhbar di bawah Kumpulan Utusan dan Berita Harian.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan tersebut mengambarkan seolah-olah mereka takut dengan peranan media arus perdana.

“Ini memperlihat sikap tidak matang Azmin dan saya gesa mempertimbangan semula dibuat kerana kedua-dua akhbar ini harus ada jualan.

“Saya berharap Azmin bersikap mengikut akal fikiran,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Umum Ke-14 Puteri UMNO Pahang di Kuantan hari ini.

Turut hadir adalah Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Naib Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan dan Ketua Puteri UMNO negeri, Azlina Azma Mohd. Azmi.

Semalam, laporan media massa menyebut bahawa kerajaan Selangor mengeluarkan arahan kepada semua jabatan, agensi dan anak-anak syarikatnya supaya menghentikan langganan akhbar Utusan dan Berita Harian berkuat kuasa serta merta.

Arahan itu dikeluarkan menerusi surat pekeliling bertarikh 9 November lalu yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 November 2017 4:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: