Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Azwan Ali di SPRM

20 DIS: Adik Menteri Besar Selangor, Azwan Ali dilaporkan hadir ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memberi keterangan berhubung salah guna kuasa dan rasuah dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Selebriti itu tiba di perkarangan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada jam 10.00 pagi tadi bersama pembantunya.

Azwan turut membawa satu sampul yang dipercayai mengandungi dokumen mengenai salah laku kerajaan negeri diterajui Datuk Seri Azmin Ali.

Pada Isnin, Azwan bertemu dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim dengan membawa dokumen berkenaan bagi membuat aduan berhubung dakwaan salah laku membabitkan ahli keluarganya.

Bagaimanapun, Razali yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO meminta ia diserahkan kepada SPRM.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 December 2017 11:37 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: