Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Back To School Bagan Serai bantu 240 pelajar

20 DIS: UEM dengan kerjasama Majlis Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) telah menganjurkan program Back To School di Parlimen Bagan Serai.

Ahli Parlimennya, Datuk Noor Azmi Ghazali berkata ia sebagai usaha kerajaan dalam meringankan beban pada ibu bapa dalam menyediakan peralatan persekolahan.

Dalam program itu seramai 240 orang pelajar telah menerima bantuan tersebut.

“Pemberian seperti beg sekolah, peralatan sekolah pakaian dan kasut, kesemua pelajar itu daripada DUN Semanggol dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Bagan Serai.

“Ini adalah kali kedua sumbangan diberikan oleh pihak UEM dalam membantu Bagan Serai,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Katanya, usaha tersebut dapat meningkatkan semangat kanak-kanak yang memasuki alam persekolahan tahun hadapan dengan alatan persekolahan yang baharu.

“Ini dapat ringankan beban keluarga miskin di sini, juga akan naikkan semangat ibubapa dan anak-anak, mereka lihat begitu gembira dan girang dengan pemberian tersebut.

“Saya harap usaha ini dapat diteruskan dalam membantu Bagan Serai, ini juga menunjukkan GLC begitu mengambil berat dalam hal rakyat, dan inilah kerajaan yang patut dipilih iaitu sentiasa prihatin dengan kebajikan rakyat khususnya golongan B40,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 December 2017 11:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: