Kategori Berita Utama

Back to School parlimen Parit Sulong bantu 3,300 pelajar

21 DIS: Bagi meringankan beban keluarga kurang berkemampuan, Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) berkesempatan menyumbang peralatan persekolahan kepada 3,300 pelajar di  kawasan parlimen Parit Sulong.

Menurut Ahli Parlimennya Datuk Noraini Ahmad, program pada 16 Disember itu yang diberikan jolokan ‘Back to School’ adalah kerjasama dengan UEM Sunrise Berhad.

Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (tengah), Ahli Parlimen Parit Sulong  Datuk Noraini Ahmad (kiri) menyampaikan sumbangan peralatan sekolah kepada seorang murid.

“Ini bukan bantuan kali pertama kerana kita sudah lakukan sejak 2008 lagi, namun jumlah penerimanya meningkat pada setiap tahun.

“Program ni juga menyaksikan semua pihak termasuk guru, pemimpin masyarakat, pemimpin UMNO dan rakyat disetiap peringkat memberi penekanan kepada pendidikan anak-anak,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Program yang diadakan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat itu juga dirasmikan oleh Pengerusi BNBBC, Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Dengan peruntukan keseluruhan program yang mencecah RM600,000, Noraini berharap ia memmbantu keluarga berpendapatan rendah menyediakan peralatan bantuan awal persekolahan untuk anak mereka.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 December 2017 11:03 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: