Kategori Berita Utama

Bagaimana keluarga Anwar boleh terima pemfitnah jadi calon PM?

11 JAN: Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Noor Azmi Ghazali mempersoal bagaimana keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menerima orang yang kononnya memfitnah Anwar dulu sebagai calon Perdana Menteri.

Katanya, memenjarakan individu yang selama ini dikatakan sebagai fitnah malah tahanan politik bukan suatu perkara yang boleh diampunkan.

Namun apa yang dibuat keluarga Anwar hari ini seumpama mereka menjilat kembali pemimpin veteran itu untuk mentadbir gabungan pembangkang tersebut.

Jelas Noor Azmi lagi ia bukan dikira sebagai pengorbanan sama ada dari keluarga Anwar untuk rakyat tetapi kebodohan yang melampau apabila terus tunduk dan akur pada bekas pemimpin diktator itu.

“Saya juga kesian pada famili Anwar Ibrahim…ini lah orang yang fitnah dan penjarakan bapa mereka kini mereka sanjung dan lantik sebagai ketua. Betul-betul PH buat lawak jenaka yang besar, dengan tindakan sandiwara ini. Sedangkan ada pemimpin PKR dan PAN sendiri tak setuju.

“Akhirnya DAP juga tersenyum lebar,” katanya kepada BNBBC.my portal.

Noor Azmi dalam masa sama turut menyatakan yang Tun Mahathir sebenarnya tidak lagi sesuai menjadi Perdana Menteri dan zaman pemerintahannya sudah tamat dahulu lagi.

“Saya memang kesian pada Tun Mahathir, tapi kesian saya pada beliau pun saya lebih kesian dengan PH yang ketandusan pemimpin utama dan terpaksa ambil yang paling ‘junior’ dalam PH..dan inilah insan yang mereka maki hamun selama 22 tahun lepas.

“Dulu dia kata DAP rasis dan Anwar Ibrahim buruk akhlak..sekarang dia sekongkol dengan puak puak ini malah mengetuai pula,” ujarnya.

Noor Azmi berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Tun Mahathir yang mendakwa beliau akan mengambil tindakan mengikut undang-undang yang ditetapkan, malah bukan dengan niat untuk membalas dendam.

Mahathir membuat kenyataan tersebut dalam siaran langsung semalam di Facebook berjudul Policy Talk: Kos Sara Hidup, Jalan Penyelesaian?

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 January 2018 2:20 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: