Kategori Berita Utama

Bagaimana pengasas PPBM sendiri kabur dengan perjuangan parti?

19 APRIL: Tindakan orang-orang penting yang keluar PPBM adalah petunjuk kepada ahli UMNO yang penubuhan parti tersebut hanyalah berdasarkan kepentingan parti, bukan kerana perjuangan sebenar.

Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, dengan apa yang berlaku ini jelas menunjukkan perjuangan parti itu kabur dan hanya berlandaskan kepentingan peribadi semata-mata.

“Macam mana ni pengasas PPBM sendiri kabur dengan perjuangan parti? Kalau pengasas pun dah kabur dengan perjuangan, yang orang bawah ni macam mana lagi?

“Asas penubuhan parti pun tidak menepati perjuangan sebenar, ini kerana penubuhan tersebut adalah berasaskan sebab marah kepada pemimpin tertentu dalam kerajaan sekarang.

“Perjuangan mereka bukan perjuangan jangka panjang, jadi bukan benda pelik kalau satu per satu keluar dari parti,” katanya kepada BNBBC.my portal pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan Kamarulazman yang keluar parti selepas kecewa dengan krisis dalaman yang membabitkan PPBM, dan melepaskan kesemua jawatan yang dipegangnya dalam parti itu.

Beliau merupakan salah seorang daripada tujuh pengasas awal PPBM.

Dalam hal ini, Fauzi berkata rakyat perlu menilai kembali asas perjuangan parti tersebut dan masih tidak terlambat untuk berpatah balik membuat keputusan tepat mengundi BN sebagai parti terbaik pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“UMNO BN ni sudah lama, ditoreh diasak macam mana sekalipun parti kita tetap begitu, kalau dulu ada yang kecewa dengan kita sampai buat parti sendiri, akhirnya mereka juga yang kecundang. rakyat nampak kan semua ni?

“Kita tetap jalankan tanggungjawab dengan baik, dari hari pertama diberi mandat sampai lah nak PRU ni, rakyat boleh menilai kembali, belum terlambat buat keputusan untuk memilih BN sebagai parti terbaik pada PRU nanti,” ujarnya.

Share This:




Berita Bertarikh pada 19 April 2017 8:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]