Kategori Ekonomi

‘Bagan Datuk Ori’ jenama Bagan Datuk

13 JAN: Semua produk di Bagan Datuk akan dilabelkan sebagai ‘Bagan Datuk Ori’.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata penjenamaan itu diharap mampu mempromosi produk daerah itu di seluruh negara dan antarabangsa.

“Semua produk keluaran dari daerah ini saya telah luluskan penjenamaannya dan pembungkusannya perlu dilabelkan sebagai ‘Bagan Datuk Ori’.

“Ini akan membantu memasarkan lagi produk Bagan Datuk supaya lebih dikenali,” katanya berucap selepas melakukan lawatan kerja ke Kilang QL Foods Sdn Bhd di Hutan Melintang hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datoh berkata ruang perniagaan khas juga akan diwujudkan di Dataran Bagan Datuk untuk penjualan produk.

Pada masa sama, pihaknya menyambut baik usaha syarikat QL Foods Sdn Bhd untuk memperbesar lagi kilangnya membabitkan kawasan seluas 20 hektar di Hutan Melintang, sekali gus akan menambah lagi peluang pekerjaan kepada penduduk daerah itu.

“Saya berbangga kerana kilang ini adalah subsidiari kepada QL Resources Berhad yang disenaraikan di Bursa Malaysia dan menghasilkan produk daripada hasil tangkapan nelayan sekitar daerah ini.

“Saya difahamkan QL Resources Berhad mempunyai urusniaga bernilai RM3.5 bilion setahun manakala produk kilang ini bukan untuk pasaran tempatan sahaja sebaliknya turut dieksport dengan nilai RM400 juta setahun,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 January 2018 12:31 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: