Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

MP Bagan Serai cabar pembangkang letak nama calon

11 MAC : Ahli Parlimen Bagan Serai Datuk Dr Noor Azmi Ghazali mencabar pembangkang untuk menamakan calon bertanding di Parlimen tersebut.

Ini kerana beliau yakin rakyat mampu menilai segala gerak kerja dan persediaan rapi UMNO BN dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) sekaligus boleh mengekalkan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar.

“(Parti) pembangkang hendak tawan (Parlimen) Bagan Serai? Saya cabar kalau berani mereka bubuh nama calon dahulu.

“Kita tengok rakyat akan memilih BN yang memang buat kerja atau pembangkang yang baru nak mula buat kerja, baru nak cilok-cilok cuba nasib untuk bertanding,” katanya dalam satu petikan video.

Beliau dalam masa yang sama turut berkata beberapa aspek telah diberi pendekatan i kawasan Parlimen itu, antaranya kebajikan rakyat serta pendidikan.

“Kerja keras UMNO dan BN turun padang dan mendekati rakyat Parlimen Bagan Serai tidak perlu disangkal lagi sejak hari pertama saya dipilih wakil rakyat.

“Saya cukup yakin dengan pendekatan turun padang, dekati dan selesai masalah rakyat, majoriti daripada rakyat Parlimen ini sudah ‘disentuh’ pihak saya termasuk menziarahi sejumlah 165 surau dan 35 masjid.

“Jadi, kalau parti pembangkang kata mereka hendak ubah Parlimen Bagan Serai (menjadi lebih baik), mereka tidak payah bermimpi di siang hari,” ujarnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 March 2018 2:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: