Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bah Kelantan sudah bermula

26 NOV: Selepas Utara, pantai Timur mula dilanda banjir apabila 176 mangsa di beberapa daerah di Kelantan dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan sementara (PPS).

Sehingga jam 7 malam tadi, seramai 40 keluarga ditempatkan di tujuh pusat pemindahan membabitkan empat daerah iaitu Pasir Puteh, Tanah Merah, Kota Bharu dan Pasir Mas.

Daripada jumlah itu, Kota Bharu mencatat mangsa banjir paling ramai iaitu 84 mangsa daripada 18 keluarga yang ditempatkan di Pusat Latihan ABIM Ketereh diikuti 66 mangsa di Pasir Puteh.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup berkata pusat pemindahan pertama dibuka pada jam 12 tengah hari tadi di Kota Bharu.

“PPS yang dibuka adalah Pusat Latihan ABIM Kelantan, Kok Lanas, Dewan Besar Melor, Kota Bharu, Madrasah Haji Daud, Pasir Mas, Sekolah Kebangsaan (SK) Kelewek, Tanah Merah dan SK Changgai, SK Kamil 1 serta SK Wakaf Raja di Pasir Puteh.

“Kita jangkakan mangsa akan bertambah kerana hujan lebat masih berterusan di beberapa daerah di Kelantan,” lapor BH Online.

Dalam perkembangan lain, tiga jalan ditutup kepada kenderaan ringan iaitu di Kilometer (KM) 3.2 Jalan Bukit Sireh, Kuala Krai, di KM2 Jalan Sungai Mati Kerawang dan KM6.9 Jalan Machang, Machang.

Pada masa sama, dua sungai utama negeri itu berada di paras berjaga-jaga iaitu Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah dan Sungai Golok di Rantau Panjang masing-masing 21.87 meter dan 7.84 meter.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 26 November 2017 8:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: