Kategori Berita Utama

Bajet 2014: Kos sara hidup cadangan terbanyak diterima

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kos sara hidup merupakan cadangan terbanyak yang disalurkan orang ramai melalui laman web mikro #Bajet2014.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata cadangan itu telah disampaikan kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan selanjutnya.

pmbezy

Najib sedang meneliti teks ucapan pada pembentangan Bajet 2014 Jumaat ini.

“Saya sedar, kos sara hidup terus menjadi suatu isu yang amat penting kerana ia melibatkan kehidupan kita secara langsung.

“Justeru pelbagai inisiatif telah diambil di bawah naungan Program Transformasi Kerajaan dan Transformasi Ekonomi, dalam menangani isu kenaikan kos sara hidup, ekoran daripada ketidaktentuan ekonomi global,” katanya menerusi blog www.1malaysia.com dan laman Twitternya yang bertajuk ‘Bajet 2014 : Langkah-Langkah Menangani Peningkatan Kos Sara Hidup’, Rabu.

Najib berkata antara inisiatif yang disambut baik oleh rakyat setakat ini ialah pembukaan 99 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di lokasi-lokasi strategik di seluruh negara.

Selain itu, kata Najib, kerajaan turut merancang untuk menambah lagi jumlah KR1M supaya lebih banyak rakyat dapat menikmati pembelian barang keperluan pada harga rendah.

Beliau berkata program Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) juga mendapat sambutan baik.

“Ternyata banyak rakyat Malaysia gembira dengan inisiatif membantu rakyat mendapatkan makanan berkualiti dengan harga murah,” katanya.

Pada 23 Ogos lepas, Najib mengajak rakyat berkongsi pandangan dan idea dalam lama web mikro #Bajet 2014.

Perdana menteri akan membentangkan Bajet 2014 di Parlimen pada Jumaat. – Bernama23/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2013 11:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: