Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bajet 2018: Mengungguli pendidikan RM61.6 bilion diperuntukkan

27 OKT: Kerajaan menyediakan peruntukan RM61.6 bilion bagi tujuan mengungguli pembangunan pendidikan, latihan, kemahiran dan bakat.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, daripada peruntukan tersebut, sebanyak RM550 juta telah disalurkan kepada Tabung Khas Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah.

“RM250 juta untuk sekolah kebangsaan, RM50 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, RM50 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, RM50 juta untuk Sekolah Mubaligh,  RM50 juta untuk Sekolah Berasrama Penuh, RM50 juta untuk Maktab Rendah Sains Mara, dan RM50 juta untuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan,” jelasnya.

Kerajaan juga mengumumkan peruntukan terbesar sejumlah RM2.5 billion bagi tempoh dua tahun melaluu Kaedah Industrial Building System.

“Hampir 2 ribu sekolah dalam keadaan daif seperti bumbungnya bocor, lantai rosak, dinding berlubang dan peralatan yang sudah lama tidak berganti,” jelasnya.

Selain itu, RM2.9 billion pula diperuntukkan untuk bantuan makanan, buku teks, geran kapita dan biasiswa kecil persekutuan.

Sebanyak RM100 akan diterima setiap pelajar dalam program Bantuan Persekolahan dengan peruntukan sebanyak RM328 juta, dimana program ini akan memberi manfaat kepada 3.2 juta murid.

Bagi peminjam PTPTN pula, diskaun akan diteruskan sehingga 31 Disember 2018  dimana 20 peratus untuk bayaran penuh, 10 peratus untuk bayaran 50 peratus sekali bayaran, dan 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau direct debit.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 October 2017 5:36 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: