Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bajet 2018: Pendidikan digital dicadang jadi keutamaan

23 OKT: Kerajaan disaran memberi fokus khusus kepada pendidikan digital dalam pembentangan Bajet 2018  selaras dengan demi kemajuan negara dalam aspek pendidikan.

Menurut Presiden Pertubuhan Pendidikan Digital Malaysia, Kahar Kamaruddin , ia merupakan kemahiran yang mengikut kehendak terkini untuk golongan muda sekaligus perlu dimanfaatkan sebaik mungkin.

Tambah Kahar lagi, penyediaan perancangan itu juga penting bagi bagi membina pelapis pemimpin negara yang cemerlang dalam pendidikan merangkumi kesemua aspek.

“Jika dulu dasar kerajaan rapatkan jurang digital antara penduduk bandar dan luar bandar, boleh dikatakan tercapai sepenuhnya, jadi untuk diperkemaskan, fokus perlu diberi kepada  kekurangan isi kandungan digital.

“Fokus dalam bajet 2018 isi kandungannya dapat kita bina ikut acuan sendiri. Sesuai dengan gaya hidup, budaya dan keperluan kita.jadi ini yang kena educate supaya jadi lebih kreatif,” katanya dalam satu kenyataan.

Bajet 2018 akan dibentangkan di Parlimen pada Jumaat ini oleh Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan.

Beliau dilaporkan memberi peluang kepada semua lapisan masyarakat memberi cadangan untuk dipertimbangkan.

Mengulas lanjut Kahar berkata pihaknya bersedia menawarkan perkhidmatan pembangunan digital kepada graduan siswazah selepas menamatkan pengajian.

“Ia lebih menjurus kepada kehendak industri, selain  keupayaan akademik yang ada, nilai tambah adalah perlu untuk kita tingkatkan kapasiti.

“Kita harapkan akan lebih ramai rakyat ada daya pendidikan digital selepas ini,” ujarnya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 October 2017 4:40 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: