Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bajet 2018: Semua sektor menerima pertambahan peruntukkan

27 OKT: Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertemakan ‘Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi, Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50, di Dewan Rakyat, hari ini menyaksikan pertambahan bajet bagi kesemua sektor.

Di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak RM26.34 bilion, sektor sosial (RM11.72 bilion), keselamatan (RM5.22 bilion) dan sektor pentadbiran am (RM2.72 bilion).

Defisit fiskal dijangka terus mengecil kepada 2.8 peratus pada 2018 daripada 3 peratus pada 2017.

Perdana Menteri ketika membentangkan Belanjawan 2018 di Parlimen

Kutipan hasil Kerajaan Persekutuan pada 2018 dijangka meningkat kepada RM239.86 bilion pada 2018 atau daripada RM219.7 bilion pada 2017

Jumlah pelaburan dijangka meningkat sebanyak 6.7 peratus atau menyumbang 25.5 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2018

Pelaburan swasta dijangka dijangka meningkat kepada RM260 bilion pada 2018 daripada RM230 billion pada 2017

Hasil Kerajaan Persekutuan 2018 dijangka mencecah RM239.86 bilion.

Peruntukan sebanyak RM200 juta kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), menjadikan jumlah pembiayaan keseluruhan AIM mencecah RM2.7 bilion yang memanfaatkan hampir 400,000 peminjam.

Peruntukan RM6.5 bilion kepada kelompok pesawah, petani, peladang, nelayan, pekebun kecil, penternak dan penoreh getah, termasuk RM2.3 bilion bagi bantuan dan insentif seperti baja dan input pengeluaran kepada pesawah, pekebun kecil, getah dan nelayan.

Tahun 2020 diisytiharkan sebagai Tahun Melawat Malaysia di mana Malaysia akan menjadi tuan rumah antaranya kepada APEC, WCIT dan CHOGM.

RM2 bilion diperuntukkan kepada Tabung Pelancongan PKS sebagai pinjaman kepada pengusaha pelancongan dengan memberi insentif subsidi kadar faedah dua peratus.

Skim yang pertama kali diperkenalkan di negara ini akan dinamakan sebagai Amanah Dana Anak Malaysia 2050, atau ADAM50

Setiap anak Malaysia dilahir bermula 1 Jan 2018-2022, dihadiahkan Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200 melalui unit AmanahSaham

Potongan cukai tambahan juga diberikan bagi majikan yang menggaji OKU dan diperluaskan kepada majikan menggaji pekerja mengalami kemalangan atau penyakit kritikal

Pihak Berkuasa Tempatan pula hendaklah wajibkan semua bangunan pejabat yang baharu sediakan kemudahan pusat jagaan kanak-kanak bermula di Kuala Lumpur

Mulai 2018, Bank Negara memantau pembayaran gaji kepada semua pekerja asing, kecuali pembantu rumah, dibuat melalui akaun bank tempatan

RM1b disediakan pelabur institusi untuk pelaburan venture capital dalam sektor keutamaan terpilih yang diselaras Suruhanjaya Sekuriti

Membina baharu lapangan terbang Mukah dan pembesaran Lapangan terbang Kota Bharu dan Sandakan

Kerajaan akan naik taraf Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi

RM55 juta sebagai subsidi pengangkutan perkhidmatan keretapi luar Bandar, dari Tumpat ke Gua Musang

RM45 juta dibelanjakan bagi mewujudkan satu sistem kawalan biometric untuk memantau pemanduan perkhidmatan bas ekspres

RM95 juta bagi pembaikan dan pembinaan jeti serta pengerukan kuala sungai

RM1b diperuntukkan kepada Tabung Pengangkutan Awam bagi modal kerja dan pembelian aset seperti bas dan teksi

Special Border Economic Zone di Bukit Kayu Hitam akan dibangunkan, merangkumi Zon Pengindustrian Bebas, jadi tarikan baharu kepada pelabur

Bajet 2018 juga isytiharkan Pulau Pangkor, Perak sebagai Pulau Bebas Cukai, tidak termasuk barang-barang sepertt minuman keras,rokok dan kenderaan bermotor

Untuk Projek Central Spine Road, RM230j bagi meneruskan pembinaan antaranya pakej jajaran Raub-Bentong dan jajaran Gua Musang-Kg Relong

Kerajaan akan mempercepatkan pembinaan MRT3 atau Circle Line, dijangka siap pada 2025, lebih awal berbanding 2027

Memperkenalkan Program Flagship Medical Tourism Hospital yang tawarkan insentif khusus kepada hospital swasta bagi menarik pelancong kesihatan

Industri pelancongan kesihatan diperkukuh menjadi sumber pendapatan.

RM30j disediakan kepada Malaysian Healthcare Travel Council

Mempromosi Malaysia sebagai “Hab Rawatan Kesuburan,Termasuk IVF & Kardiologi Asia”,diperluas dgn eVisa & prkhidmatan kesihatan nilai tinggi

Memperluas hab serantau eVisa bagi mudahkan permohonan di seluruh dunia terutama kepada ekspatriat, pelajar asing & Malaysia My Second Home

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 October 2017 5:28 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: