Kategori Berita Utama

Bajet PAS: PAN bayangkan banyak syarikat bankrap

27 OKT: Bajet PAS secara keseluruhannya tidak mempunyai teras untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara, sebaliknya bakal menyebabkan banyak syarikat bangkrap atau tidak mampu meneruskan operasi, kata Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad,.

“Kita langsung tak nampak teras untuk PAS nak cari sumber pendapatan, Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pun selepas tiga tahun memerintah baru boleh dihapuskan, kalau macam itu gayanya lebih banyak lagi syarikat kecil dan sederhana yang tutup akibat tekanan harga barang.

“GST ini dianggap sebagai punca inflasi terbesar bagi ekonmi negara. PH nak mansuhkan ambil masa selepas 100 hari memerintah, itu bezanya kita dengan PAS,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my portal, Jumaat.

Sehari selepas Pakatan Harapan membentangkan belanjawan alternatif 2018, PAS mengumunkan belanjawan tersendiri yang bertunjangkan syariah.

Walaupun 77 halaman lebih nipis berbanding belanjawan PH, Bajet PAS yang dibentangkan melalui kepimpinan Pemudanya mengemukakan cadangan luar biasa seperti mengecilkan saiz kementerian, memperkenalkan cukai baharu untuk orang kaya, elaun untuk pasangan kakitangan kerajaan dan kaedah pemilikan bersama Rakyat-Swasta-Kerajaan dalam projek prasarana.

Selain itu pelan jangka masa pendek PAS untuk tahun 2018 adalah GST berkadar sifar sehingga dimansuhkan dalam tempoh tiga tahun, memansuhkan cukai beberapa barangan keperluan asas rakyat, dan digantikan dengan cukai yang tidak menindas golongan berpendapatan rendah.

“Penyelesaian yang PAS ambil itu sangat lambat,  tindakan lain untuk tangani masalah yang tinggi tak dijelaskan.kita nak handle inflasi masalah ekonomi menyebabkan rakyat tak cukup untuk purchasing power.

“Ini bukan masalah bajet nak bg hadiah, .dia kena bagi penyelesaian, maka PH kita dah kenalpasti masalahnya dan kita dah kenalpasti penyelsaiannya,” kata Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 October 2017 1:18 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: