Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bajet pengurusan bukan hanya bayar gaji kakitangan kerajaan

8 NOV: Bajet pengurusan berjumlah RM234.4 bilion yang diumumkan dalam Bajet 2018 bukanlah untuk membayar gaji kakitangan kerajaan semata-mata.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menegaskan, pihak-pihak tertentu sengaja menimbulkan persepsi untuk menunjukkan seolah-olah kerajaan gagal mengekang kos dalam pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan.

“Ini perlu diperjelaskan, sebenarnya bajet mengurus terbahagi kepada beberapa komponen di dalamnya.

“Persepsi ini tidak betul seperti yang diucap ketua pembangkang yang sengaja mengelirukan dengan kenyataan ia hanya untuk digunakan untuk urusan kerajaan atau disebut overhead cost,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab bagi Kementerian di Jabatan Perdana Menteri di peringkat dasar di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Menurut Abdul Rahman, pembayaran gaji hanya meliputi 33.8 peratus daripada bajet pengurusan yang diperuntukkan.

“Kalau dimasukkan dengan pembayaran pencen dengan gratuiti 10.5 peratus, ini bermakna jumlah keseluruhan hanyalah kira-kira 44 peratus daripada jumlah keseluruhan bajet untuk pengurusan.

“Jadi persepsi yang ditimbulkan adalah tidak betul dan mengelirukan,” jelas Ahli Parlimen Kota Belud itu lagi.

Tambahnya lagi, pemberian subsidi dan bantuan sosial juga adalah komponen dalam bajet pengurusan.

“Subsidi dan bantuan sosial ini hanya 11 peratus. Kita lihat subsidi dan bantuan sosial apabila hari ini kita beri, dan esok kita tidak beri ia tetap terletak dalam bajet pengurusan.

“Pembayaran hutang juga termasuk dalam kompenen belanja mengurus, kita tengok hutang yang kita bayar untuk tujuan pembangunan, tetapi pembayarannya diletakkan dalam bajet pengurusan. Kerana ianya ada kaitan dengan pembinaan prasarana yang menjadi pemangkin pembangunan negara akan datang.

“Saya tidak mahu kita terkeliru dengan persepsi seolah-olah kita membayar gaji, membayar sewa, dan hutang yang tidak boleh lagi dikekang. Kalau kita lihat belanja mengurus itu tidak kena mengena dalam perjalanan harian kerajaan,” jelasnya lagi.

Selain itu menurut Abdul Rahman, peruntukkan kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri juga diklasifikasikan dalam bajet pengurusan negara.

“Peruntukkan dalam bentuk geran dan wang tunai diberikan kepada negeri kerana ia sebahagian daripada tuntutan Perlembagaan Persekutuan.

“Dan saya pasti kerajaan negeri akan menggunakannya untuk membina prasarana di negeri seperti membina jalan raya kampung, jambatan, balai raya dan sebagainya.

“Walaupun ia dalam komponen belanja mengurus tetapi ia akan dimasukkan kepada belanja pembangunan negeri-negeri untuk tujuan tersebut,” jelasnya lagi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 November 2017 9:15 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: