Kategori Berita Utama

Bajet Selangor 2018: Azmin potong RM0.33 bilion

3 NOV: Peruntukan belanjawan 2018 kerajaan Selangor dilaporkan mengalami penurunan daripada RM3.45 bilion tahun lalu kepada RM3.12 bilion.

Pada masa sama, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perbelanjaan pembangunan dipotong sebanyak RM0.2 bilion, selepas empat tahun berturut-turut menaikkan peratusan sektor itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali membentangkan Bajet Selangor 2018 di DUN Selangor di Shah Alam.

Perbelanjaan mengurus juga dikurangkan sebanyak RM0.19 bilion.

“Kerajaan negeri mencadangkan anggaran perbelanjaan 2018 berjumlah RM3.12 bilion, bagi memacu ekonomi dan pembangunan yang menjamin kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat.

“Dari jumlah tersebut, RM1.46 bilion atau 46.8 peratus diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus, manakala RM1.660 bilion atau 53.2 peratus bagi perbelanjaan pembangunan,” kata Azmin  di DUN  negeri hari ini sempena pembentangan Bajet Selangor.

Belanjawan Selangor pada 2018 mengambil tema ‘Membangun Bangsa, Memakmur Negeri’.

Pada tahun lalu, daripada jumlah RM3.450 bilion yang diumumkan dalam Belanjawan 2017, sejumlah RM1.65 bilion dibelanjakan untuk mengurus manakala RM1.8 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Gombak itu turut memaklumkan pengurangan belanjawan defisit bagi tahun 2018 sebanyak RM870 juta berbanding RM900 juta pada tahun sebelumnya.

“Pengalaman tiga belanjawan yang lalu membuktikan perbelanjaan berhemah, memperkukuh budaya kerja cekap dan berintegriti serta menutup pembaziran dan ketirisan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 November 2017 5:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: