Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bakal penerima darjah kebesaran Pahang disaring polis, SPRM

27 JAN: Istana Pahang bakal membuat prosedur baharu apabila nama yang dicadangkan untuk menerima darjah dan pingat kebesaran perlu menjalani saringan pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah perkara itu akan dijadikan prosedur operasi standard (SOP) baharu penganugerahan yang perlu dipatuhi sebelum baginda berkenan senarai nama berkenaan.

“Saya juga akan membuat kod etika yang perlu dipatuhi oleh penerima darjah dan pingat.

“Kajian juga akan dilakukan supaya penganugerahan ini akan gugur secara automatik jika mereka didapati bersalah melanggar undang-undang,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian selepas menyempurnakan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran dan Pingat Pahang sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah di Istana Abu Bakar di Pekan, hari ini.

Pada masa sama, baginda juga mengingatkan semua penerima darjah dan pingat Pahang untuk menjaga kelakuan dan kemuliaan pengiktirafan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 January 2018 10:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: