Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bakal presiden PKR kena jaga perangai

Tindakan Azmin Ali cuba mencelah ketika sesi soal jawab ditempelak Menteri di Jabatan Negeri Datuk Seri Shahidan Kassim kerana tidak mengikut peraturan mesyuarat yang ditetapkan.

Shahidan secara sinis meminta ahli Parlimen PKR Gombak itu supaya menjaga perangai kerana beliau bakal menjadi Presiden PKR dan Nurul Izzah sebagai timbalannya.

“Timbalan presiden ini tidak lama lagi akan menjadi Presiden PKR. Jaga perangai elok-elok. Bila bangun bagitau peraturan berapa baru saya duduk.

“Duduk sayang…bila bangun cakap macam ini, tidak mengikut peraturan parlimen…soalan tidak boleh mencelah. Sesiapa yang mahu mencelah dia kena ikut peraturan mesyuarat,” tegas beliau.

Shahidan sebelum itu menyindir pembangkang yang mahukan sistem perwakilan setara sedangkan mereka tidak mampu untuk bertanding dibawah satu bendera parti, tidak seperti Barisan Nasional (BN).

shahidanazmin

Shahidan menempelak Azmin yang mencelah jawapannya di Dewan Rakyat tanpa mematuhi peraturan persdiangan

Panas dengan sindiran tersebut,  Azmin  bingkas bangun mencelah, “Siapa yang enggan meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat ? Kita (pembangkang) telah memohon untuk mendaftar selama tiga tahun.”

Shahidan ketika sesi soal jawab menjelaskan sistem pilihan raya yang diamalkan di negara ini merupakan antara yang terbaik di dunia iaitu berpandukan amalan demokrasi dengan rakyat menentukan pihak yang layak memerintah.

Walaupun dilontarkan dengan pelbagai tohmahan oleh pihak pembangkang, namun ternyata sistem ‘First Past the Post’ atau majoriti mudah telah terbukti berkesan dan masih relevan untuk terus diamalkan di negara ini.

Ahli Parlimen Arau itu berkata sistem yang digunapakai ini turut membolehkan kumpulan minoriti di negara ini diwakili sekaligus mampu mewujudkan perpaduan kaum.

“Sistem ‘First Past The Post’ atau majoriti majoriti mudah adalah relevan dan sesuai kerana Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum. Ia mewakili semua kaum, termasuk kaum-kaum minoriti.

“Jika sesuatu kaum tidak ada wakil di Dewan Rakyat, kita boleh lantik mereka di Dewan Negara, jadi ia (sistem) terbaik di dunia,” kata beliau di Dewan Rakyat di Parlimen, Khamis.

Beliau berkata demikian menjawab soalan ahli Parlimen PAS Kuala Krai Dr. Mohd Hatta Ramli yang meminta sama ada kerajaan bersedia untuk menerima saranan Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen untuk menambahbaik pilihan raya untuk meneliti sistem perwakilan setara bagi menggantikan sistem yang digunapakai kini.

Menurut Shahidan, buat masa ini kerajaan masih belum bersedia untuk menerima sistem ‘Proportionate Representation’ seperti yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen kerana ia disifatkan tidak sesuai untuk Malaysia.

Bagaimanapun, jelasnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengkaji perkara itu.

“Jika sistem ‘popular vote’ belum dilaksanakan maka kamu semua belum boleh komen lagi, setakat ini sistem ‘First Past the Post’ telah terbukti kerelevanannya dan kami merasakan sesuai kerana ia telah dilaksanakan selepas zaman kemerdekaan lagi.

“Sistem baharu jika mahu dilaksanakan perlu dikaji dahulu, sekarang jawatankuasa khas parlimen telah mencadangkan 22 perkara untuk penambahbaikan proses pilihan raya dan kami telah melaksanakan lapan daripadanya, setakat ini guna pakai yang sistem ini dulu,” katanya. -7/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 November 2013 3:39 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: