Kategori Berita Utama

Balai Polis Bukit Tengah dilontar ‘bom’ mercun bola

8 FEB: Pegawai dan anggota polis yang sedang bertugas di Balai Polis Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Seberang Perai dikejutkan pada awal pagi Sabtu apabila ada pihak melontar bahan letupan ke dalam kawasan balai berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.50 pagi tadi, sejumlah bahan letupan yang dipercayai mercun itu menghasilkan dentuman kuat hingga menyebabkan sebahagian kawasan pintu masuk dan pos pengawal di balai berkenaan rosak.

ACP Nasir Salleh Timbalan Ketua JSJ Pulau Pinang

ACP Nasir Salleh
Timbalan Ketua JSJ Pulau Pinang

“Berdasarkan siasatan awal, beberapa suspek yang dipercayai menaiki motosikal membaling mercun bola yang diikat dalam jumlah yang banyak ke arah pintu hadapan balai berkenaan dan melarikan diri sebaik berbuat demikian,” kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, ACP Nasir Salleh.

Kejadian itu berlaku dengan pantas dan setakat ini polis belum mengetahui motif sebenar kejadian itu, tambah beliau.

“Siasatan lanjut masih dijalankan. Tiada kamera litar tertutup (CCTV) di balai berkenaan tetapi kita akan mendapatkan rakaman CCTV yang terdapat di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek terlibat,” katanya.

BaLAI bKT Mertajam di bom

Sebahagian kerosakan di Balai Polis Bukit Tengah, di Bukit Mertajam, Seberang Perai akibat dilontar bahan letupan awal pagi Sabtu.

Selain itu orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak kejadian berkenaan diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah (KBSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT), DSP Aziz Ahmad di talian 04-5382222 atau mana-mana balai polis berdekatan.

Ketika kejadian empat anggota polis sedang bertugas namun semua mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Dua anggota berada dalam balai polis manakala dua lagi sedang buat rondaan di kawasan balai Mereka hanya menyedari kejadian itu selepas terdengar bunyi dentuman kuat di bahagian pintu masuk balai.

“Mereka bergegas melihat kawasan kejadian dan mendapati beberapa cermin tingkap dan siling di pintu masuk balai polis itu pecah manakala pos pengawal berhampiran pagar juga rosak akibat letupan berkenaan,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Menurut Nasir kerugian akibat kejadian itu dianggarkan antara RM10,000 hingga RM15,000 dan kes disiasat di bawah Seksyen 5 Akta Bahan-bahan Hakisan dan Letupan.-bnbbc.my

Anggota bersihkan Balai Polis Bukit Tengah

Anggota polis Balai Bukit Tengah terpaksa melakukan “ops pembersihan bersenjatakan” penyapu pada Sabtu

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 February 2014 10:00 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: