Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Balai Polis Puchong naiktaraf jadi IPD

8 NOV: Balai Polis Puchong akan dinaiktaraf serta memperolehi Kompleks Ibu Pejabat Daerah (IPD) Polis Di Raja Malaysia baharu.

Perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Zahid Hamidi  yang menjelaskan bahawa pertambahan mendadak penduduk di Puchong menyebabkan terdapat keperluan mewujudkan kemudahan itu.

Pada ketika ini, kawasan Puchong berada di bawah pentadbiran IPD Serdang

“Ketika Balai Polis di Puchong mula beroperasi, Puchong mempunyai sekitar 60,000 orang penduduk. Tetapi sekarang ia meningkat sehingga kira-kira 300,000 orang.

“Kita mencadang Puchong seperti yang diberitahu dalam Rancangan Malaysia ke-11 untuk mempunyai Kompleks IPD sendiri bagi menangani kegiatan jenayah di situ,” katanya ketika menggulung Bajet 2018 bagi Kementerian Dalam Negeri (KDN), di Dewan Rakyat, Rabu.

Tambahnya kerajaan juga sedang mempertimbangkan untuk membina 11 buah IPD  dan enam buah Balai Polis baharu bagi memenuhi kapasiti pertambahan penduduk di sesuatu kawasan.

“Ia selaras seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia ke-11. Insyallah kita mencari peruntukan untuk menaik taraf atau membina semula IPD ” jelasnya.

Sementara itu, Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata pihaknya turut memandang serius keperluan  untuk menambah lokap dan pondok Polis di Sabak Bernam.

“Pengurusan IPD Sabak Bernam sudah membangkitkan berkenaan lokap baharu, pertambahan kuaters dan anggota serta mewujudkan Pondok Polis di Bagan Terap dan KDN akan memenuhi tuntutan itu mengikut peruntukan yang diperolehi dalam Bajet 2018,” jelas Ahli Parlimen Bagan Datoh itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 November 2017 4:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: