Kategori Berita Utama

Balu MP Paya Besar terima plag di Dewan Rakyat

21 FEB : “Arwah sangat baik, dia pergi pun sangat senang, tidak langsung susahkan saya,” itu kata-kata Datin Seri Rohizah Ahmad sebaik menerima plak nama suaminya, Datuk Seri Abdul Manan Ismail di Dewan Rakyat.

Beliau yang terus memeluk plak berkenaan sambil menangis, sehingga mewujudkan suasana pilu dalam kalangan Ahli Parlimen yang hadir pada majlis penyerahan plak itu oleh Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad di Dewan Rakyat.

Isteri kepada Arwahyarham Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Datin Seri Rohizah Ahmad kelihatan sedih ketika menerima Plak nama arwah suaminya yang berkhidmat sebagai ahli parlimen Paya Besar sebelum ini dan diserahkan oleh Pengerusi BNBBC Tan Sri Shahrir Abdul Samad di Dewan Rakyat. Turut hadir Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah

Rohizah serta anak lelakinya dibawa melihat tempat duduk Allahyarham di Dewan Rakyat di bangunan Parlimen, hari ini.

Turut hadir Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Rosmee Hamzah dan ahli parlimen Mersing Datuk Dr Latiff Ahmad.

“Arwah komited dengan kerja. Tak pernah ponteng. Dia pergi pun sangat senang. Arwah cuma penat,” Jelas Rohiza lagi.

Balunya kemudian dibawa melawat ke beberapa tempat dalam bangunan Parlimen yang sering menjadi tempat bersantai, antaranya bilik Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Seri Ronald Kiandee.

Allahyarham Abdul Manan  telah meninggal dunia pada 13 Februari lalu, dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas namun tidak menghidapi sebarang penyakit.

Allahyarham Abdul Manan serta balunya telah dikurniakan enam orang anak iaitu 5 perempuan dan seorang lelaki serta 12 cucu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Abdul Manan yang juga Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, menang dengan majoriti 7,715 undi.

Beliau menewaskan calon PKR Murnie Hidayah Anuar dan calon Bebas, Zahari Mamat.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 21 February 2018 1:08 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: