Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bandar Tun Razak: Rizalman rayu calon UMNO dipilih

16 APRIL: Datuk Rizalman Mokhtar merayu pimpinan tertinggi BN memberi peluang kepada calon UMNO dipilih bertanding di kawasan parlimen Bandar Tun Razak pada PRU14.

Menurutnya, kekalahan MCA kepada PKR sejak dua penggal lalu, membuatkan pimpinan bahagian merasakan parti yang lebih dominan perlu diberi peluang.

 

Datuk Rizalman Mokhtar

“MCA perlu berpijak di bumi yang nyata, sleh kerana itu, saya konsisten berjuang untuk UMNO bertanding di kawasan Bandar Tun Razak.

“Saya tidak berhasrat menarik balik kenyataan itu dan merayu pucuk pimpinan memberi peluang kepada UMNO supaya bertanding di kawasan itu,” kata Ketua Bahagian Bandar Tun Razak yang dipetik NSTP.

Ditanya calon yang bakal bertanding di kawasan berkenaan, Rizalman menyerahkan kepada pucuk kepemimpinan parti, namun berharap calon tempatan dipertimbangkan.

Sejak 2008, BN yang diwakili calon MCA tewas kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Terdahulu, Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Jalil menafikan bakal bertanding di Bandar Tun Razak.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 April 2018 5:04 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: