Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Banduan diberi akses pendidikan untuk ubah nasib

31 MAC: Penjara bukan sekadar tempat menghukum pesalah tetapi banduan diberikan peluang kedua menerusi akses pendidikan dan pencapaian akademik.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, peningkatan taraf akademik dalam kalangan pesalah muda dan juvana sentiasa ditambah baik.

Menurutnya, ini kerana pendidikan mampu mengubah nasib banduan supaya mereka lebih mampu bersaing dengan masyarakat luar apabila dibebaskan.

“Kita yakin kemampuan mereka dan ini terbukti dengan keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 yang mencatat kejayaan apabila 144 atau 92.3 peratus layak mendapat sijil daripada keseluruhan calon sekolah integriti dan Sekolah Henry Gurney seramai 156 orang.

“Selain itu jumlah banduan yang menyambung pengajian tinggi meningkat iaitu seramai 41 orang dengan dua orang di peringkat PHD, tiga di peringkat Master, 13 ijazah dan 23 diploma,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Hari Penjara ke-228 dan Hari Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Ke-35 hari ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 31 March 2018 3:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: