Kategori Berita Antarabangsa

Bangladesh pindahkan pelarian Rohingya ke pulau terpencil

6 DIS: Kerajaan Bangladesh bakal meneruskan rancangan untuk memindahkan lebih 100,000 pelarian etnik Rohingya ke sebuah pulau terpencil.

Memetik laporan CNN, pelarian yang terpilih akan dipindah ke Thengar Char di Teluk Bengal pada November 2019.

Rancangan itu didedahkan oleh Menteri Perancangan Bangladesh, Mustafa Kamal.

Ketika ini, antara 600,000 hingga satu juta pelarian Rohingya berada di Bangladesh.

Agensi hak kemanusian antarabangsa bagaimanapun mengkritik rancangan itu sebagai satu kesilapan besar.

“Selepas membuka pintu kepada lebih 600,000 pelarian Rohingya sejak tiga bulan lalu, Bangladesh kini mengambil risiko untuk mempertaruhkan keselamatan pelarian,” kata Amnesty International.

Agensi hak kemanusiaan berkenaan menggelar rancangan tersebut sebagai ‘satu kesilapan besar’.

Pulau Thengar Char dilaporkan mempunyai keluasan 30,000 hektar, tidak didiami manusia dan selalunya banjir ketika musin hujan.

Kerajaan Bangladesh dilaporkan akan menjadikan pulau berkenaan sesuai untuk didiami dengan perancangan membina 1,500 kediaman dan 120 pusat perlindungan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 December 2017 4:51 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: