Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Bangunan condong: Pelajar Malaysia di Mesir tidak terjejas

5 JUN: Tiada pelajar Malaysia dilaporkan terjejas susulan insiden sebuah bangunan 12 tingkat di Iskandariah yang condong pada Khamis lalu.

Jurucakap Atase Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Mesir mengesahkan bahawa tiada pelajar Malaysia yang menetap di bangunan berkenaan.

“Bangunan di hadapan yang menahan bangunan condong itu, ada pelajar kita menghuni di sekitarnya.

“Tetapi kebanyakan pelajar yang menghuni kawasan ini sudah pulang ke Malaysia kerana ketika ini cuti akhir penggal,” lapor sebuah portal berita, Isnin.

Sejak beberapa hari lalu, gambar berkaitan kecondongan bangunan itu menjadi tular di media sosial

Pihak berkuasa negara berkenaan juga sudah mula memindahkan penduduk di kedua-dua bangunan dan penghuni lain di daerah itu, bagi membolehkan kerja meruntuhkan bangunan condong dilakukan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 June 2017 4:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: